NADI Kesejahteraan Kendiri-Live Webinar-Tekanan Dalam Lensa Psikologi; Kenali Stress & Bina Daya Tahan Diri

7 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Julai 2026, bermula pukul 10.30 pagi, tiga orang ahli NADI Pekan Machan telah menyertaI live webinar ini yang bertajuk Tekanan Dalam Lensa Psikologi; Kenali Stress & Bina Daya Tahan Diri.

Program ini memperkukuh kefahaman peserta terhadap isu tekanan (stress) dari sudut psikologi serta kesannya terhadap kesejahteraan mental. Melalui webinar ini, peserta diberi pendedahan tentang maksud sebenar stress, bagaimana ia mempengaruhi emosi, pemikiran dan tingkah laku, serta kepentingan mengurus tekanan dengan cara yang sihat. Program ini turut menekankan pembinaan bina tahan diri (resilience) agar peserta lebih bersedia menghadapi cabaran harian dengan lebih tenang, positif dan terkawal.

Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:
Gambar 1 hingga Gambar 6 :  Gambar semasa kelas berlangsung.

Kembali Ke Atas

kembali